Friday, April 22, 2016

tak ada sale hari ni?

Jangan bimbang, yang paling penting konsisten, jangan kalah dipertengahan, lawan sampai menang!

Friday, February 12, 2016

Teruskan Hidup!

"Teruskanlah hidup walau terluka, teruskanlah hidup jangan mengalah, teruskanlah hidup dengan percaya padaNya, kita berdoa!" bait kata dari lagu "Jangan Bimbang" 

Putus asa itu tidak perlu ada dalam kamus hidup, yang paling penting usaha tanpa jemu walau sesukar mana sekali pun. Ujian tetap akan ada kita hanya mampu berdoa agar kita dapat menghadapi ujian itu dengan mudah dan tenang.


Thursday, January 28, 2016

Biar hidup tampak biasa, tapi kita sebenarnya luar biasa!

Pernah dengar tak ungkapan yang biasa orang guna, "Biar papa asal bergaya?" tapi aku lebih suka "Biar tampak biasa, tetapi luar biasa " hebat tak? hahahahaha.. sebenarnya jangan ukur kejayaan seseorang tu dari luaran, tidak semestinya bila seseorang itu berkereta besar, rumah bagai istana menunjukan mereka sudah berjaya, sebenarnya ada saja orang yang tampak biasa, berkereta biasa, rumah sederhana tetapi sebenarnya seorang yang sangat hebat! ohh ya, aku berani mengeluarkan kenyataan sebegini sebabnya aku sudah pernah berjumpa dengan 2 golongan sebegini. Ada yang sanggup "menyewa" hanya untuk menunjukan mereka ada " sesuatu". yang perlu anda tahu, kebanyakan chinese pergi bank pakai selipar, pakai seluar pendek sebenarnya jutawan! hah! relax je..pernah juga terjadi dekat pak cik sebelah arwah ayah aku, mereka penjual sayur dekat pasar di shah alam, boleh dikatakan keuntungan bersih sehari mereka boleh dapat dalam 4k, hanya menjual sayur sahaja tau! tau-tau jela dress up "Si Penjual" sayur macam mana, berseluar pendek bawah paras lutut, berselipar saja, mereka ada impian nak pakai BMW X6, bila pergi showroom sales person semua buat tak layan saja..tak patut! layanan sepatutnya perlua adil jangan sesekali memandang  pada luaran, last sekali yang membuatkan mereka membuka mata bila, pak cik saya membeli kereta itu secara CASH! hah!..hahahaha

Target aku, aku nak pakai kereta besar dari KANCIL aku sekarang ni bila capai umur 35 tahun, Aku akan pastikan aku dapat bina istana sebelum umur 35 tahun, aku nak pencen dan berkhidmat untuk family aku sepenuhnya bila umur aku 40 tahun! tahun ni masuk 30tahun..masih berbaki lagi 5 tahun!hahahahaha..masih belum ada komitmen apa-apa, relax saja sekarang ni..hahaha

ok! cukup untuk harini..esok2 aku membebel lagi..

Thursday, January 21, 2016

Malu Berniaga?

kenapa perlu ada perasaan tu? nak meniaga kan? so kenapa nak malu? salah ke? tak salah pun kan? tak standart? sebab berniaga tepi jalan je?? ek elleeehhhh..itu pun nak malu, relax la bukan merompak duit orang pun, cari rezeki kot..seronok tau kerja sendiri, tak terikat masa, suka ati je la nak buat apa pun..hahaha..janji anda tahu matlamat anda, apa yang anda nak..displin tu paling penting, masa perlu diperuntukan macam kita di office, cuma tiada siapa yang mengawal, anda yang perlu mengawal diri anda sendiri .

Mula-mula mungkin malu, tapi aku sebenarnya bukan MALU berniaga tetapi  aku ni MALU berhadapan dengan orang, nak bercakap dengan orang, aku lebih selesa bergaul dan bercakap dengan orang yang rapat dengan aku sahaja,,kalau orang lain, aku lebih banyak mendengar dari bercakap..ape pun aku perlu take it as a challange! .aku percaya, orang macam aku mampu dan boleh berniaga walaupun MALU tu memang agak sukar nak dibuang, apa pun aku cabar diri aku! aku kena berani berhadapan dengan orang..

Now! alhamdulillah aku masih ada disini dan sedang merangka beberapa strategi baru dalam menghadapi kemelut ekonomi 2016! FIGHT!

ANDA HARUS PERCAYA DENGAN KEUPAYAAN DIRI ANDA SENDIRI!

Tuesday, January 19, 2016

Bagaimana anda mahu bermula?

Pertama sekali, jika anda ingin ceburkan diri dalam berniaga, anda perlu

* Set dalam minda bahawa bukan mudah untuk menjadi seorang USAHAWAN! nampak indah diluar tetapi sebenarnya BERLIKU jalan yang anda perlu tempuh tau!
* Perlukan pengorbanan dalam memastikan apa yang anda inginkan tercapai.
* Apa yang menyebabkan anda ingin menjadi USAHAWAN? sebab nak duit banyak? Sebab nak glamor? Sebab apa? aku nak jadi USAHAWAN sebab aku suka nak jadi USAHAWAN, bukan sebab duit, bukan sebab nak glamorrrr...mak tak gilerr glamorrr yeee..kihkihkih.. 
* Gunakan modal seminima yang boleh, jangan labur terlalu banyak untuk bisnes yang kita tidak tahu lagi, bak kata puan Ainon, guru bisnes ABS beliau mensarankan pelaburan modal RM 2000 dan kebawah sahaja. Jika terbakar kita tidak mudah putus asa..FIGHT!
* Banyakkan membaca serta banyak follow otai-otai bisnes, dalam FB banyak otai-otai bisnes dengan tips yang sangat bagus!
* Mula-mula jangan nak jadi divaaa sangat!
* yang paling penting BUAT saja!

Monday, January 18, 2016

Mukadimah Peniaga Kedai Jalanan


Alhamdulillah, coretan di blog khas menceritakan suka duka aku sebagai peniaga jalanan dalam menempuhi kehidupan mencari rezeki bermandikan peluh. Coretan sebelum ini hanya di blog peribadi, atas sebab tertentu blog peribadi telah di privite, asingkan kerja serta ruang peribadi..cewahhh..rasanya dekat situ lebih kepada cerita diri sendiri saja..hiksss,,

Selama setahun mengharungi hidup sebagai peniaga, banyak cabaran dan halangan yang perlu ditempuh, fasa pertama dalam menyakinkan mak untuk menyokong anak "degil" ini untuk berniaga setelah kematian ayah amat sukar sebenarnya, hikss.. fikiran mak yang menimbulkan pelbagai persepsi bila anaknya yang tamat belajar dekat U, tapi aku hanya ingin menjual "pisang goreng" di tepi jalan?oyehhhh! sesungguhya aku amat sukakan cabaran! hahahaha..baru trill kot, abis belajar jual goreng pisang, orang lain tak nak jual goreng pisang, biar aku saja yang jual..kahkahkah..

Sebenarnya, aku seronok menjual, bila orang membeli kita rasa suka, kita dapat bagi orang menikmati pisang goreng lagi-lagi selepas hujan, lagi nikmat kot.. cehhh...hahaha..modal permulaan hanya lebih kurang RM 100 sahaja, tak banyakkan? sebab, tong gas mak aku punya, kuali mak aku punya, dapur gas mak aku punya, dulang mak aku punya, khemah pak cik aku punya, aku hanya beli pisang, tepung, plastik nak bungkus..tu saja..kahkahkah..orang kata nk niaga ni guna apa yang ada saja..jangan keluar duit sekepok, mula-mula niaga kedai mesti nak cantik-cantik, opening grand giler..cettttt! tak tau lagi jualan macam mana, dah nak bakar duit yang kita tak tahu lagi boleh balik modal atau tak..relaxxxxx..kumpul sikit-sikit, dari duit modal kita buat modal balik. paling penting jangan meminjam untuk memulakan perniagan..ingat tu!

Aku bercerita mungkin sebab, aku masih belum ada komitmen apa-apa, duduk pun dekat rumah mak, kereta kancil pun arwah ayah punya, tapi aku suka dengan apa yang aku buat, aku bisnes bukan sebab duit semata-mata sebab aku nak buat bisnes! kahkahkah..

ok, kalo mukadimah dah macam ni, kot isi apa lah yek aku membebel tak tentu pasal..salam petang..

coretan pertama dari peniaga kedai jalanan.. :)